google-site-verification: google0ddd006e6a1a369f.html Jom ke...: Nik Nur Madihah.. genius dari keluarga nelayan..

Nik Nur Madihah.. genius dari keluarga nelayan..

Beliau adalah seorang pelajar dari sekolah Menengah Agama Arab Muhamammadiyah (P) Kota Bharu Kelantan, yang mencatat rekod terbaik SPM pada tahun 2008 dengan memperolehi 19 A1 1 A2(20A) dan menjadikan dia antara pelajar terbaik SPM di Malaysia, apa yang membuat beliau tersangat istimewa adalah latar belakang beliau sebagai anak seorang nelayan yang sangat miskin, beliau membuktikan kemiskinan bukanlah halangan untuk berjaya malah dengan berkat kesungguhan dan tawakal boleh menggubah nasib seseorang itu.

Berbeza dari pelajar-pelajar cemerlang yang lain yang pernah mencatat keputusan yang baik sebelum atau selepas adik Nik Nur Madiha, pelajar ini satu-satunya yang berlatarbelakangkan keluarga yang susah, dan membuka mata seluruh masyarakat Malaysia dengan kesungguhan dan tekad yang beliau tunjukkan. Kisah kejayaan beliau mendapat liputan dan perhatian seluruh negara dan menjadi idola serta contoh terutama kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kehidupan.

Nik Nur Madiha Nik Mohd Kamal mengekalkan rekod dengan mencapai semua A sejak daripada peperiksaan UPSR, PMR dan seterusnya SPM 2008, tidak pernah leka dan lalai mengejar impian dan membalas jasa ibubapa, beliau sanggup berpuasa sunat setiap hari isnin dan khamis bagi mengatasi masalah kekurangan wang belanja sekolah, dan lebih gemar memilih untuk makan roti oleh kerana ingin jimat berbelanja. Dengan keadaan rumah yang agak daif dan hanya belajar di ruang tamu yang hanya boleh di muat 4 orang sahaja dalam satu masa tidak menjadi penghalang beliau untuk terus mengulangkaji pelajaran, selain dari itu beliau belajar tidak pernah secara terpaksa dan di paksa dan tidak mempunyai jadual khusus dan hanya belajar apabila dia inginkan, tetapi apa yang penting bagi dia adalah menumpukan seluruh fokus terhadap kelas pembelajaran dan tidak segan silu untuk bertanya jika ada apa-apa masalah yang beliau hadapi.

Apa yang menarik mengenai beliau lagi, beliau hanya mengambil tambahan 8 matapelajaran yang lain sewaktu berada di tingkatan 5,berikutan di tingkatan 4 beliau terpaksa menumpukan kepada 24 matapelajaran untuk mendapatkan Sijil Menengah Ugama, ternyata perkara ini tidak menjadi beban terhadap beliau walaupun tidak mampu untuk mengambil mana-mana kelas tuisyen bagi membantu proses pembelajarannya, berkat kecekalan dan sokongan kuat guru-guru di sekolah yang sedia membantu beliau bagi mengulangkaji pelajaran di hujung minggu membuahkan hasil buat adik Nik Nur Madiha. Kini beliau berada di luar negara bagi meneruskan pelajaran dalam bidang yang ingin beliau kecapi iaitu Fizik bagi melestarikan impiannya menjadi Ahli fizik di Malaysia ini.

Sesungguhnya kejayaan yang di catat oleh adik Nik Nur Madiha ini bukan perkara baru bagi kita di negara ini, tetapi apa yang lebih memaniskan lagi kejayaan beliau ialah beliau adalah satu-satunya pelajar yang hadir dalam keluarga miskin tetapi mampu membuktikan mencari ilmu dan menempa kejayaan tidak mustahil di lakukan walaupun berada di dalam serba kekurangan.


No comments:

Post a Comment