Saya teruskan dengan tajuk pertama iaitu Teknik memuji cara Nabi Muhammad, apa yang di utarakan adalah mengenai pujian yang ikhlas tidak semestinya memberi impak yang baik kepada seseorang, contoh: kata suami kepada isterinya, "Kamu Cantik!" Kata-kata di atas merupakan pujian kepada orangnya (iaitu isteri). Apabila suami membuat pujian yang salah, kemungkinan isteri mendapat persepsi yang salah.
Sangka isteri, “Suamiku menyayangiku kerana kecantikanku.”
Kemungkinan impaknya, si isteri mungkin berasa ujud atau mungkin riyak. Ataupun si isteri akan sentiasa cuba menjaga kecantikannya dan sanggup berhabis duit untuk khidmat kecantikan atau pembelian alat mekap dan sebagainya. Semua itu demi memastikan suami sentiasa menyayangi dirinya.
Dalam hal ini, disarankan agar seseorang suami mengikut teknik nabi dalam memuji seseorang, misalnya memuji prestasi/tingkah laku isteri yang baik seperti , “Masakan sayang memang sedap.”
Apa yang dapat di fahami di sini ialah, teknik memuji ini dapat memberi impak yang baik kepada seseorang, kita hanya memuji di atas apa yang di lakukan, bukan memuji secara umum mengenai seseorang, selain dari itu, sambil kita memuji kita juga boleh memberi galakan yang akan menaikkan lagi semangat seseorang untuk berubah melalui pujian, sebagai contoh apabila anda berpeluang menikmati masakan seseorang, pujian yang boleh dibuat ialah: " Saya sangat berselera dengan makanan yang awak masak, masakan awak sedap sekali, kalau awak selalu memasak awak boleh menjadi chef terkemuka satu hari nanti."
Prinsip 1: Pujian hendaklah dibuat sebaik sahaja tingkah laku positif dibuat.
Kebaikan membuat pujian sebaik sahaja tingkah laku positif dibuat:
a) supaya kita tidak lupa kepada tingkah laku positif itu
b) supaya tingkah laku itu diulang
c) supaya orang yang mendengar tidak lupa
d) supaya dapat meninggikan maruah @self esteem pelaku.
a) supaya kita tidak lupa kepada tingkah laku positif itu
b) supaya tingkah laku itu diulang
c) supaya orang yang mendengar tidak lupa
d) supaya dapat meninggikan maruah @self esteem pelaku.
Prinsip 2 : Apabila kita lihat membuat sesuatu yang baik tanpa disuruh, kita harus memujinya dengan kata-kata, “ Saya kagum dengan kerja kamu.”
Prinsip 3 :
Apabila perbuatan yang baik dibuat di hadapan orang besar/ secara terbuka, pujian juga harus diberikan di hadapan orang besar/terbuka.
Apabila perbuatan yang baik dibuat di hadapan orang besar/ secara terbuka, pujian juga harus diberikan di hadapan orang besar/terbuka.
Prinsip 4 :
Puji tindakan/perbuatan @ action + sebutkan impaknya.
Puji tindakan/perbuatan @ action + sebutkan impaknya.
impak di sini bermaksud apabila kita memuji kita mesti sebutkan apa akan berlaku jika individu yang di puji mempraktikan apa yang kita puji sebagai contoh: awak boleh menjadi chef terkemuka satu hari nanti.". Apa yang penting impak itu mestilah bersesuaian dengan keinginan individu yang di puji supaya ianya menjadi perangsang kepada individu yang di puji.
No comments:
Post a Comment